Friday 17 January 2014

What's best during winter?

Ice skating

Google

Buat "Bonhomme"


Faire de la luge
Google
Ski

Google


Ok, basically tu semua aktiviti hampir wajib sesaper pun akan buat bila musim sejuk datang. Kalau tak buat, macam tak enjoy la pulak, takkan nak terkurung dalam rumah, berhibernasi je? No no no! Jangan lepaskan peluang buat aktiviti² yang hanya boleh dibuat ketika musim sejuk sahaja!

However, ada benda saya buat, ada yang tak buat.

Benda² saya buat : 

- ice skating dalam gelanggang. Yang ni acceptable, masih boleh control body even terjatuh few times sebab tak reti bajet kelajuan, jarak bukaan kaki untuk gerakkan badan ke depan.

- buat orang salji /bonhomme. Yang ni buat ramai² dengan kawan² pastu bertanding bonhomme grup mana lagi omey.

- faire de la luge. Segan nak mengaku main macam budak² ni. haha. Cari tempat sederhana tinggi, duduk atas luge, gelongsor turun. Boleh kontrol arah tuju. Seronok!

Ok, sekarang benda² saya buat tapi tak semestinya semua orang buat :

- menikmati Churros. Either churros with nutella or with sugar on it. Yum yum! Terasa selesa badan makan churros panas² sambil berjalan dalam kesejukan.


Churros with sugar
Churros with nutella
- letak buah-buahan & susu kotak kat luar tingkap for fast and energy saving refrigerator. Kat luar jendela bilik sendiri ye, lagi senang tak yah berjalan ke dapur nak makan ke nak minum. kikikii

- biar je nasi yang makan tak habis dalam periuk selama 2 or 3 hari tanpa reheat. Lastly kalau rasa tak nak buang nasi tu, panaskan sebelum nak makan. Takpe, takkan sakit perut...suhu ngan cuaca sejuk buatkan nasi tu bertahan lama.

- pegi tengok air kolam, tengok air pancut membeku jadi ketulan ais. Pastu try masuk kaki sikit pijak² ketul ais nak tau tahap kekerasan dia akibat membeku.



- tangkap gambar pemandangan bersalji terlalu mainstream, berkali² cuba amik pic close up salji biar sampai nampak imej macam dalam gambar kat bawah ni tapi tak menjadi. Tak tau lah camera atau orang yang pegang kamera tak kualiti. huuuu...mesti la kamera kan? kan?


snowflake
- bila menyembang ngan kawan kat luar rumah asek dok perhati asap yang kluar dari mulut & hidung. Kalau tak bercakap pun, kadang² saja hembus nafas. Excited macam budak dapat belon. Macam orang gila je kan? Tapi takpela, bila lagi nak gila camtu. Balik Malaysia kan dah tak boleh buat...

- bila berjalan mata selalu tengok tanah. Takut tak perasaan ada puppy poops dalam timbunan salji. Naye kalau kena.

Benda² saya tak buat :

- main ski. Ye, saya memang penakut. Takut terlanggar pokok ke ape sampai patah kaki. Rasanya benda ni meluncur agak laju. Tambah pulak si keding macam saya ni, kalau brek pun kurang makan kot. Utamakan keselamatan dari keseronokan. Oyeahh!

- ice skating atas tasik yang dah beku. Teringin jugak nak try, kawasan nak ber"ice-skating" lagi besar dari yang dalam gelanggang. Kurang lah sikit risiko nak terlanggar orang. Tapi macam biasa la, saya selalu imagine benda pelik². takut tiba² permukaan tasik merekah, terus jatuh dalam air di bawah takat paras beku. Tengok pic kasut untuk ice skating tu, blade dia tajam kan? Mana tak risau nyer....

- yang ni plak, saya janji takkan buat lagi lain kali. Berjalan balik ke rumah selama hampir 20-30 minit perjalanan semasa salji tengah turun lebat tanpa memakai gloves. Mula² rasa tangan pedih yang teramat lepas tu dah tak dapat rasa tangan sendiri sebab terlalu kebas. Jari² tak boleh bergerak hingga tak boleh buka zip bag biarpun berkali² try buka zip nak ambil glove. Menangis je yang mampu sambil berjalan. I got my lesson!

No comments:

Post a Comment