Friday 31 January 2014

Kalau bercinta dengan abang Celcom

Memang untunglah badan dapat kapel or bersuamikan abang² kacak dari company Celcom. Jap, kacak ker?? Pegi siasat dulu. Mana tak untung kalau tiap hujung bulan je dapat topup free RM10! Takde pegi beli topup sendiri tiba² topup masuk bergolek². Pastu dia sorang jela perempuan spesel yang boleh reply mesej dari EASYRELOAD, celcom notification service dengan penuh mesra dan manja gitueww....




Okai. Ini pula al-kisah sebenar drama ini. Si suami pegi beli topup kat bini lepas tu mesej bini nak tanya da dapat topup ke belom. Bini yang tengah excited dengan gelojohnya reply mesej tanpa tengok no sape muncul kat atas mesej. Suami anta mesej bertanya kali kedua bila bini tak respond. Bini pulak yakin je dah reply, baru je nak taip mesej "kan dah cakap tadi, da dpt topup" sebelum tersedar kesilapannya itu...

Anda sambunglah drama seterusnya selepas si suami balik rumah.

No comments:

Post a Comment