Wednesday 15 January 2014

Warna inai cantik

Saya tau ramai bakal pengantin pakai inai cap Rani untuk majlis perkahwinan. Saya pun pakai Rani masa majlis bertandang bulan 11 haritu. Terpaksa, sebab hanya inai jenis ni yang dok bertakhta di rak-rak dalam Maidin. Maybe ada yang suka produk Rani ni sebab rasa kaler dia cantik, tahan lama or what so ever kebaikan dia yang saya tak tau. Kalau ikut my personal experience pakai dua jenis inai yang berlainan, saya pilih untuk pakai inai cap Dollar Cone yang saya jumpa dalam Maidin Kota Bharu. Warna dia macam lagi terang and lambat sikit hilang berbanding Rani. Tapi saya sebenarnya tak tau pun apa faktor² yg boleh sebabkan inai bertahan lama. Hasil berinai berbeza ke kalau waktu berinai tu berbeza? I mean, let say saya berinai awal pagi sebelum subuh atau lewat malam sebelum tidur atau waktu siang. Ada tak waktu² tertentu yg membuatkan inai lagi mengancam lebih dari waktu berinai yang lain? Haba badan mempengaruhi ke tak? Lain²? 

Kalau cakap saja mungkin tak nampak beza. Jom lah tengok gambar jari berinai.


Memang suka. Suka tengok kaler purple yang timbul time proses inai mengering...macam cantik je. Kalau inai tu jadi warna purple jugak lepas da basuh ok jugak, cun, lain sikit dari kaler inai biasa...tapi tak...dia transform....gambar di bawah.


Agak pekat warnanya compare to Rani. Obviously. Dalam masa 2 hari, kaler dia pudar sikit sangat tapi pakai Rani, 2 hari pakai warna pudar macam dah 5 hari berinai.


Macam ni rupa kotak dia kalau rasa nak beli n try.

*Remarks :

- abaikan corak lukisan inai yang tak berapa comel tu. Lukis sendiri kat tangan kiri nak test² inai. Juz fokus kat warna dia je yer

- tak tau golongan pelukis inai profesional pakai inai ape

- tak berniat nak jatuhkan produk Rani, juz nak promote inai lain untuk bakal pengantin try, so that raja sehari berpuas hati dengan kemeriahan inai di jari. Everyone make their own decision.




No comments:

Post a Comment