Thursday 16 January 2014

H2O Kosong




Minumlah lebih banyak air kosong berbanding air lain yang sedap² tapi belum tentu mendatangkan banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan kita. Air kosong termasuk dalam dua kategori harga berlainan : MURAH atau FREE. Sendiri tau la kat mana boleh dapat harga murah, kat mana boleh dapat harga free.

Anda memang yang terbaik kalau boleh amalkan pakej lengkap cara minum air kosong macam ni :

1. Waktu pagi (2 gelas air) - membantu mengaktifkan organ dalaman
2. Sebelum makan (segelas) - membantu melancarkan proses pencernaan
3.Sebelum mandi (segelas) - menghindarkan diri dari tekanan darah tinggi
4. Sebelum tidur (segelas) - mengelak penyakit strok/ serangan jantung

Study balik 4 point utama kat atas tadi. Kan logik tu kalau kerap minum air kosong, kita boleh :

1) kuruskan badan 
2) belajar dalam keadaan selesa (otak aktif berfikir, tak mengantuk)
    *pernah terfikir kenapa chinese student selalu bawak air kosong dalam botol besar  pergi ke kelas?

From my personal experience, minum banyak air masak juga membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Mungkin sesetengah orang suka makan panadol bila sakit kepala tapi seboleh-bolehnya saya akan cuba mengelak dari ambil panadol kerana ia mempunyai kesan sampingan dalam jangka masa panjang. You make your own decision. Mari sihat bersama. 

No comments:

Post a Comment